
Article
Seluruh Jentera Polis Selangor Berada Di Lapangan Bantu Mangsa Banjir
Susulan bencana banjir di negeri Selangor, para pegawai dan anggota Polis Selangor telah bertugas di lapangan tanpa henti bagi menjaga keselamatan dan membantu...
Susulan bencana banjir di negeri Selangor, para pegawai dan anggota Polis Selangor telah bertugas di lapangan tanpa henti bagi menjaga keselamatan dan membantu lain-lain agensi keselamatan untuk menjalankan operasi menyelamatkan mangsa yang terlibat.
Kesemua Ketua Polis Daerah di bawah pimpinan Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed telah berusaha sebaik mungkin membantu memindahkan mangsa di pusat-pusat pemindahan sementara, mengagihkan bekalan makanan dan barangan keperluan asas, menjaga keselamatan harta benda awam serta membantu membersihkan kawasan terjejas banjir.
Operasi membantu masyarakat itu tidak akan sesekali ditamatkan malah akan lebih ditingkatkan sehinggalah keadaan negeri Selangor kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Polis Selangor