Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seludup Manusia Tujuh Ditahan Termasuk Dalang Warga Indonesia

Published: 10 May 2015 2.26 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 10 Mei- Seramai tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing enam lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan dalam serbuan di sekitar jeti Kempas, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-manusia-tujuh-ditahan-termasuk-dalang-warga-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:08 MYT
Johor Bahru, 10 Mei- Seramai tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing enam lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan dalam serbuan di sekitar jeti Kempas, di sini, semalam.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua yang ditahan lingkungan umur 30an tidak mempunyai dokumen perjalanan sah sedang menunggu untuk pulang secara haram ke negara asal mereka.

"Kami turut menahan seorang tekong darat yang juga warganegara Indonesia dipercayai dalang utama menguruskan perjalanan kesemua PATI itu," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi tujuan dokumentasi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Seludup Manusia Tujuh Ditahan Termasuk Dalang Warga Indonesia
ArticlePublished 10 May 2015 2.26 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM