Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seludup Diesel Rm1 4juta Tumpas

Published: 17 Jun 2014 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang- Pasukan Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup hampir 500,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM1.4 juta dipercayai ke Singapura selepas menahan sembilan lelaki termasuk tujuh wa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-diesel-rm1-4juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT
SELUDUP DIESEL RM1.4JUTA TUMPAS: Pelabuhan Klang- Pasukan Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup hampir 500,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM1.4 juta dipercayai ke Singapura selepas menahan sembilan lelaki termasuk tujuh warga Myanmar dalam serbuan di Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di sini semalam.

Kejayaan yang turut mencatat rampasan terbesar diesel bersubsidi sepanjang tiga bulan pertama tahun ini itu merupakan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor.

Turut dirampas dalam serbuan bermula pukul 3 petang hingga pukul 8 pagi ini adalah sebuah kapal tangki MT Baltic Unity yang didaftarkan di Sierra Leone bernilai RM2.1 juta dan sebuah lori tangki minyak bernilai RM900,000.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia
Seludup Diesel Rm1 4juta Tumpas
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM