Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seludup Dadah Rm3 5 Juta Gagal

Published: 13 Jun 2014 2.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Wanita itu membawa sebuah beg mengandungi pakaian panas yang di dakwa sebagai buah tangan untuk kawan di Bangkok dan di bayar upah AS$3,000 (RM10,591) bagi satu perjalanan. Beg tersebut mengandungi 23..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-dadah-rm3-5-juta-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT

Kuala Lumpur - Hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dengan Polis Thailand, seorang wanita warganegara Filipina, berusia 45 tahun ditahan dalam satu pemeriksaan di dalam bas dan pihak polis menemui sebuah beg berisi pakaian yang disyaki mengandungi larutan dadah jenais kokain.

Wanita tersebut dipercayai dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand dari Lima, Peru dan ditahan di Perhentian Puduraya pada 28 Ogos yang lalu.. Ketika ditahan, wanita itu baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lima, Peru untuk mengambil bekalan dadah jenis kokain.

Wanita itu membawa sebuah beg mengandungi pakaian panas yang di dakwa sebagai buah tangan untuk kawan di Bangkok dan di bayar upah AS$3,000 (RM10,591) bagi satu perjalanan. Beg tersebut mengandungi 23 helai baju panas mengandungi kokain seberat lima kilogram  dianggarkan bernilai RM3.5 juta ke negara terbabit. Setiap helaian baju mengandungi 200 gram kokain yang dikeringkan dan setibanya di sana, baju tersebut akan direndam bagi mencairkan kokain terbabit sebelum disejat di dalam ketuhar gelombang mikro.

Suspek kini ditahan reman selama 7 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat di Bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM