Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seludup 266 Kapsul Berisi Dadah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga warga Iran ditahan satelah cuba menyeludup 266 biji kapsul dadah dipercayai Syabu, bernilai RM500,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-266-kapsul-berisi-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:04 MYT

Sepang - 29 Januari 2010. Tiga warga Iran ditahan satelah cuba menyeludup 266 biji kapsul dadah dipercayai Syabu, bernilai RM500,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Mereka sanggup menelan semua dadah itu dan juga berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan pihak Kastam dan Imigresen di pintu keluar KLIA. Mereka bagaimanapun ditahan polis di kaunter teksi KLIA satelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menelan 100 biji, 60 biji dan 106 biji kapsul.

ACP Nordin Kadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor berkata, semua kapsul tersebut dipercayai ditelan dalam tempoh lebih daripada 24 jam sebelum ditahan.

Polis terpaksa mengambil masa selama empat hari untuk mengeluarkan semua kapsul itu dari tubuh semua suspek. Berat keseluruhan kapsul-kapsul dadah bersaiz sebesar belimbing buluh itu ialah 1.9 kg. Turut ditemui bersama suspek ialah wang tunai RM1,250, 81,00 Riyal Iran dan AS$785 bersama-sama mereka.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 iaitu hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM