Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selindung Di Premis Tertutup

Published: 24 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 10 pengendali dan pelanggan premis mesin judi berkomputer dalam dua serbuan di sini dan Kamunting dalam Ops Limau Cantas Khas/Ops Sepadu sepanjang cuti perayaan tahun Baru Cina.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selindung-di-premis-tertutup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:28 MYT

TAIPING: Polis menahan 10 pengendali dan pelanggan premis mesin judi berkomputer dalam dua serbuan di sini dan Kamunting dalam Ops Limau Cantas Khas/Ops Sepadu sepanjang cuti perayaan tahun Baru Cina. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam dua serbuan itu, kumpulan berkenaan melakukan aktiviti dengan berselindung dalam premis bagi mengelak di kesan pihak berkuasa.

Menurutnya tiga daripada mereka termasuk seorang penjaga berusia 50 tahun ditahan bersama rampasan beberapaor dan unit pemprosesan komputer (CPU) dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mas, Kamunting kira kira jam 1.30 pagi, Ahad lalu. 

Katanya, tiga hari sebelum itu polis menahan tujuh Ielaki berusia antara 40 hingga 50 tahun serta merampas pelbagai barangan termasuk 11 komputer riba dan wang tunai RM750 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Pertama. Aulong, di sini, jam 11.30 malam, '' katanya.

Sumber: Harian Metro

Selindung Di Premis Tertutup

ArticlePublished 24 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM