Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selamat Pulang Perwira Perwira Unmit Fpu Timor Leste

Published: 11 Jun 2014 2.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semoga pengiktirafan dan penghormatan daripada PBB dan Negara-negara lain akan meningkatkan lagi semangat anggota-anggota PDRM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang mencabar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-pulang-perwira-perwira-unmit-fpu-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:55 MYT

Kota Kinabalu, Sabah - 5 Mei 2011. Seramai sembilan puluh lapan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am Briged Sabah serta empat pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama enam bulan di Misi UNMIT Timor Leste telah selamat tiba di Terminal 1, Kota Kinabalu Internasional Airport, Sabah pada jam 12.55 pagi ini dengan pesawat penerbangan Jordan Aviation.

Pegawai dan anggota PDRM serta pegawai perubatan ATM yang menyertai Malaysia Formed Police Unit (MALFPU) di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini mula berkhidmat mulai 1 November 2010 hingga 4 Mei 2011.

YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH SAC Ahmad Marzuki bin Mohd Saad, Komander Briged Sabah serta Pegawai-pegawai Kanan dan keluarga turut hadir menyambut kepulangan wira-wira negara ini.

Pasukan Gerakan Am Briged Sabah ini ditugaskan dalam aspek pemulihan dan pembangunan semula institusi kepolisan di bawah mandat United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT). Kini mandat tersebut telah diperbaharui semula serta diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 26 Februari 2010 di bawah Security Council Resolution 1912. Di bawah resolusi ini negara-negara penyumbang pasukan polis dikehendaki membantu pasukan Polis Timor Leste meningkatkan kapasiti mereka untuk member perkhidmatan kepada masyarakat negara yang baru merdeka itu.

Negara Timor Leste telah melalui berbagai fasa keselamatan sepanjang tempoh kemerdekaan mereka sejak tahun 1999 yang lalu dan apa yang membanggakan, pasukan PDRM sama ada dalam kapasiti Formed Police Unit atau Civilian Police (UNPOL) sentiasa dialu-alukan dan dipandang tinggi oleh polis dan masyarakat tempatan negara tersebut.

"Penyertaan PDRM memberi dan mendapat mandat daripada pendedahan dalam 'International and Democratic Policing'. Saya percaya banyak good practices dan lessons learned yang telah tersemai dalam diri setiap pegawai dan anggota di hadapan saya ini", ucap YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar.

"Perkhidmatan tuan-tuan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menonjolkan nama baik dan imej PDRM serta maruah negara Malaysia dan ini amat membanggakan", ucap beliau lagi.

"Semoga pengiktirafan dan penghormatan daripada PBB dan Negara-negara lain akan meningkatkan lagi semangat anggota-anggota PDRM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang mencabar"

"Jadikanlah pengalaman yang ditimba sebagai motivasi untuk bekerja denga lebih komited dan dedikasi. Pengalaman itu adalah satu pelaaburan yang amat bermakna kepada masa depan kerjaya tuan-tuan sekalian", akhiri ucapan oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Selamat Pulang Perwira Perwira Unmit Fpu Timor Leste
Syabas...ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada ASP Ijad Landu bin Binju, Timbalan Komander FPU sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Gambar-gambar menyambut kepulangan perwira-perwira UNMIT- FPU Timor Leste Briged Sabah PGA

Wartawan / Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 2.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM