Sepang - 3 November 2010. Seramai 35 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dan seorang pegawai perubatan ATM telah selamat pulang ke tanah air dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste, satelah tamat berkhidmat selama 12 bulan mualai 28 Oktober 2009 hingga 3 November 2010 dengan menaiki pesawat VIM Airlines dari Dili, Timor Leste pada jam 2.00 petang.
Sambutan kepulangan pegawai dan anggota PDRM dari kumpulan Malaysia Formed Police Unit (MALFPU) ini disambut oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Turut hadir, YBhg. Brig. Gen. Dato' Dr. Hj Samsudin bin Hj. Suirman, Pengarah Perubatan ATM, DSP Che Zakaria bin Othman, Timbalan Ketua PT Istiadat PDRM serta pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman.
Seluruh warga PDRM mengalu-alukan kepulangan mereka yang diketuai oleh DSP Ismail bin Jusoh, yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Di atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas pada misi ini, seramai 5 orang pegawai UNPOL ini dilanjutkan tempoh penugasan daripada 12 bulan kepada 18 bulan.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama negara di mata dunia dengan memberikan perkhidmatan yang sangat baik semasa Misi pengaman tersebut".
"Semoga pengiktirafan dan penghormatan daripada PBB dan negara-negara lain akan meningkatkan lagi semangat anggota-anggota PDRM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang sangat mencabar, jadikanlah pengalaman yang ditimba sebagai motovasi untuk bekerja dengan lebih komited dan dedikasi", antara ucapan oleh YDH DCP Dato' Mortadza.
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan menyambut kepulangan pegawai dan anggota MALFPU setibanya di KLIA dari Timor Leste

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan

Barisan pegawai PDRM...Selamat Pulang

Antara pegawai dan anggota MALFPU...

Ucapan balas oleh Ketua Kumpulan G 35, DSP Ismail bin Jusoh

YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan menerima cenderahati daripada DSP Ismail bin Jusoh