Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selamat Menyambut Hari Polis Ke 217

Published: 25 Mar 2024 12.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kitalah wira-wira negara yang menjadi kekuatan utama Pasukan, "keep our flag flying high!"
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-menyambut-hari-polis-ke-217
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:34 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman serta Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin bersama seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-217 buat Wira-wira Sang Saka Biru.

Melewati lebih dua abad adanya kita di atas tanah penuh bertuah ini, adalah hasil perjuangan insan-insan terdahulu yang sehabis mungkin bergadai jiwa dan raga demi meletakkan Pasukan Sang Saka Biru selayaknya paling utama menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Jangan kita 'carik' jasa-jasa mereka yang telah melalui pelbagai liku, cabaran dan rintangan bagi apa jua yang kita gapai pada hari ini. Tetapi, kitalah penyambung perjuangan yang tidak berpenghujung, selagi nyawa dikandung badan.
Ayuh, pasakkan tekad dan bulatkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan bertunjangkan integriti serta tata kelola yang baik demi kemaslahatan agama, bangsa juga nusa tercinta.

Kitalah wira-wira negara yang menjadi kekuatan utama Pasukan, "keep our flag flying high!"

'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 

ArticlePublished 25 Mar 2024 12.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM