Bukit Aman, 16 Nov - Sempena musim cuti persekolahan, Jabatan Pengurusan Kebajikan PDRM telah menganjurkan Majlis Sunathon Program Gaya Hidup Sihat PDRM Bersama PPUKM (Khatan Beramai-Ramai).
Majlis julung-julung kalinya telah disertai oleh seramai 95 orang anak-anak warga Bukit Aman yang berumur terdiri daripada 7 hingga 14 tahun.
Penganjuran majlis seperti ini diadakan adalah untuk bukan sahaja mengukuhkan tali persaudaraan malah ia menyemarakkan lagi semangat kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.
Pada majlis ini juga, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan upacara pancutan air kepada para peserta sebagai simbolik majlis tersebut.
Turut hadir pada majlis ini adalah Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA (PDRM), YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi B Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas(Ops/Counter Terrorism),Y.Bhg Profesor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman, Ketua Jabatan Surgeri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota PDRM, Pegawai-pegawai PPUKM dan wakil-wakil media.

YDH Ketua Polis Negara sempat beramah mesra bersama peserta.

Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia beramah mesra dengan peserta.

Sekitar majlis.

YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Profesor Dato Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman.

Antara yang hadir.

YDH Ketua Polis Negara sempat bergurau dengan peserta dengan menggunakan pembesar suara Water Cannon.

Peserta dimandikan beramai-ramai.

Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar dan Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim memberi kata semangat kepada salah seorang peserta.

Sesi berkhatan.

Selesai berkhatan.

Selesai berkhatan.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Profesor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman.

Gambar kenangan.