Selamat Jalan Dan Selamat Berhari Raya Di Perantauan
Sepang, 9 Ogos 2011 - "Saya berharap tuan-tuan yang akan bertugas di bawah bendera PBB ini dapat menjaga nama baik pasukan PDRM dan negara Malaysia ketika menjalankan tugas di Darfur, Sudan nanti,"ujar YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)dalam ucapannya sempena Majlis Pelepasan Pegawai / Anggota United Nation Police (UNPOL) ke misi Pengaman PBB Darfur, Sudan di Balai Pelepasan Domestik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang,pagi ini.
Turut hadir, YDH ACP Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan Pentadbiran, YDH Supt. Imran bin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH Supt. Che Zakaria bin Osman, Ketua Pegawai Turus Cawangan Istiadat, dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.
"Saya bagi pihak YDH Ketua Polis Negara, YDH Pengarah Pengurusan PDRM dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan selamat jalan dan selamat berhari rayadi perantauan," akhiri beliau dalam ucapannya.

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Lafaz ikrar diketuai oleh DSP Munsang Anak Sabai, Ketua Kumpulan G-17 UNPOL Malaysia


Bacaan doa oleh Y.Bhg UstazAbdul Malik Kadaffi bin Ismail.

Pegawai dan Anggota United Nation Police (UNPOL).


YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan Pegawai Kanan Polis bersalaman sebelum menaiki pesawat
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Shahreel bin Shariman