Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis

Diterbitkan: 13 Dec 2014 9.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Kubu Bharu, 13 Dis – Seramai 47 bekas Angakatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya menamatkan menjalani Latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel / Konstabel Sokongan Siri 1/2014 di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-bertugas-sebagai-anggota-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:35 MYT
Kuala Kubu Bharu, 13 Dis – Seramai 47 bekas Angakatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya menamatkan menjalani Latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel / Konstabel Sokongan Siri 1/2014 di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu hari ini. 

Kesemua pelatih-pelatih ini telah menjalani latihan asas kepolisan selama empat bulan bermula 17 Ogos yang lalu.

Majlis tamat latihan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Dato’ Shah Gzali Khan Bin Shahadad.

Beliau berkata, idea menyerapkan semula tenaga kerja bekas ATM ke dalam PDRM selaras dengan salah satu daripada tunggak terpenting Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meminimakan kadar jenayah dengan menambahkan kuantiti dan kualiti PDRM.

Tambah beliau lagi, usaha ini juga telah merapatkan lagi kerjasama antara dua pasukan keselamatan utama negara iaitu PDRM dan ATM.

“Tunjukkan semangat juang yang tinggi, demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara kerana kerjaya polis adalah kerjaya yang mulia,” kata beliau di akhir ucapannya.

Konstabel Sokongan Muhammad Rabieel bin Sulaiman dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan manakala Konstabel Ibrahim bin Zaini sebagai Pelatih Akademik Terbaik dan Konstabel Abdul Kahar bin Malik sebagai Pelatih Latihan Luar Terbaik.

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Sekitar Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel / Konstabel Sokongan Siri 1/2014.

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Sekitar Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel / Konstabel Sokongan Siri 1/2014.

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Bacaan Ikrar
Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Bacaan Doa
Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
SAC Dato’ Shah Gzali Khan Bin Shahadad ketika menyampaikan ucapan.

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Pelatih-pelati terbaik.

Selamat Bertugas Sebagai Anggota Polis
Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, ACP Shafie bin Ismail menyampaikan cenderahati kepada SAC Dato’ Shah Gzali Khan.
ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2014 9.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM