
Warga Sang Saka Biru hadir di sisi murid pada hari pertama persekolahan sesi 2026, mengiringi langkah kecil mereka dengan senyuman dan rasa selamat agar setiap anak memulakan sesi pembelajaran dalam suasana yang tenang dan penuh keyakinan.
Melalui pendekatan mesra dan penuh santuni, Pegawai Perhubungan Sekolah tampil sebagai sahabat kepada murid, bukan sahaja memberi perlindungan dan rasa selamat, malah menyuntik semangat serta keyakinan untuk melangkah ke alam persekolahan.
Bersama-sama kita iringi langkah kecil mereka dengan doa, kasih sayang dan perlindungan agar hari pertama persekolahan menjadi kenangan indah yang terpahat dalam ingatan.