Sekatan Buahkan Hasil
Bertindak
di atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota dan pegawai polis
dari Bahagian Narkotik Daerah dan UPP Pengkalan Hulu berjaya menahan
sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan dalam satu
sekatan jalan raya.
Hasil
pemeriksaan, pihak polis menjumpai sejumlah pil dipercayai estacy dan
eramin 5 serta wang tunai termasuk mata wang asing disyaki wang hasil
penjualan dadah. Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM 17,500.00 dan
kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.