Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Segmen Throwbackpdrm Rukun Negara Menyatupadukan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: 25 Aug 2020 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cintailah Malaysia dan hargai jasa tokoh pejuang negara yang telah berkorban masa dan tenaga demi sebuah perpaduan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/segmen-throwbackpdrm-rukun-negara-menyatupadukan-rakyat-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:35 MYT

Cintailah Malaysia dan hargai jasa tokoh pejuang negara yang telah berkorban masa dan tenaga demi sebuah perpaduan.

Prinsip-prinsip Rukun Negara ini perlu diselami dalam setiap jiwa anak bangsa agar keharmonian hidup berbilang kaum di Malaysia dapat dikekalkan.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga PDRM, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut merupakan kenangan anggota-anggota Majlis Keselamatan Negara (MAGERAN) mengabadikan kenangan bersama Tun Abdul Razak Hussein merangkap Pengarah MAGERAN di perkarangan bangunan Parlimen. MAGERAN ditubuhkan selepas Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan darurat di seluruh negara ekoran Tragedi Berdarah 13 Mei.

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan di dalam Majlis Perundangan Negara melibatkan 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat yang ditubuhkan oleh MAGERAN demi mencapai kerjasama dan kata sepakat antara kaum di Malaysia.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#24082020

Image may contain: 1 person, text that says 'TAHUN 1971 Anggota-anggota Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia
ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2020 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM