
Segmen Throwbackpdrm Psp Wanita Sentiasa Siap Siaga Bantu Pasukan Jaga Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Wanita bertujuan mengawal keadaan jika terdapat penglibatan wanita ketika berlakunya rusuhan atau perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Unit ini juga sentiasa bersedia membantu pasukan menjaga keamanan dan ketenteraman awam apabila diarahkan untuk bertugas.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini diambil ketika anggota PSP Wanita terup pertama menjalani latihan asas sekitar Julai 1974 ketika unit ini baru ditubuhkan.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#29102020