Segmen Throwbackpdrm Perpaduan Kaum Teras Keharmonian Negara
Hiduplah dengan rukun. Keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati hari ini jangan sesekali dimusnahkan dengan perselisihan faham yang tidak menguntungkan.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar berikut diambil ketika anggota Pasukan Sukarelawan Polis yang terdiri dari penduduk-penduduk Eropah menjalankan tugas sekatan jalanraya semasa berlakunya rusuhan dan pergaduhan di Canon Square, Pulau Pinang melibatkan dua kumpulan kongsi gelap pada ketika itu.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#12092020
