Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Segmen Throwbackpdrm Lapan Orang Anggota Polis Pelopor Unit Berkuda Wanita

Published: 17 Aug 2020 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mereka bukan sahaja 'diminati' oleh kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja setiap kali melihat mereka dengan lebih dekat. Selain segak ketika menjalankan tugas rondaan jenayah di sekitar taman perumahan atau awam, anggota Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu memastikan haiwan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan rapi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/segmen-throwbackpdrm-lapan-orang-anggota-polis-pelopor-unit-berkuda-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:01 MYT

Mereka bukan sahaja 'diminati' oleh kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja setiap kali melihat mereka dengan lebih dekat. Selain segak ketika menjalankan tugas rondaan jenayah di sekitar taman perumahan atau awam, anggota Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu memastikan haiwan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan rapi.

Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga PDRM, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut diambil ketika lapan orang anggota polis yang merupakan pelopor Unit Berkuda wanita sedang menjalani latihan asas menunggang dan mengendalikan kuda selama tiga bulan. Latihan yang diberi merangkumi aspek kawalan kuda apabila berlaku serangan bom asap, bunyi bising, salakan anjing serta perkara-perkara lain yang berkaitan agar kuda tidak merasa takut atau panik semasa menjalankan tugas.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#17082020

Image may contain: one or more people, text that says 'KOMUNIKAS KORPORAT) TAHUN 1988 #THROWBACK Anggota polis wanita pertama yang menyertai Pasukan Unit B
ArticlePublished 17 Aug 2020 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM