Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Segmen Throwbackpdrm Kenderaan Bermotor Elemen Penting Dalam Penugasan Pdrm

Diterbitkan: 22 Nov 2020 12.27 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penggunaan kenderaan bermotor merupakan elemen penting yang digunapakai oleh Pasukan ketika melaksanakan sesuatu tugas di lapangan, terutamanya melibatkan kawalan lalu lintas, rondaan cegah jenayah dan sebagainya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/segmen-throwbackpdrm-kenderaan-bermotor-elemen-penting-dalam-penugasan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:00 MYT

Penggunaan kenderaan bermotor merupakan elemen penting yang digunapakai oleh Pasukan ketika melaksanakan sesuatu tugas di lapangan, terutamanya melibatkan kawalan lalu lintas, rondaan cegah jenayah dan sebagainya.

Selain itu, perarakan kenderaan bermotor juga menjadi “moment” yang sering ditunggu para penonton setiap kali ia dipersembahkan di dalam sesuatu sambutan rasmi.

Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar ini dirakam lensa kamera ketika anggota polis trafik wanita menyertai perbarisan sempena Peringatan Hari Wanita Sedunia dengan menaiki motosikal Yamaha 90cc yang baru diterima Pasukan pada tahun 1975 di Kuala Lumpur.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#22112020

Image may contain: one or more people and outdoor, text that says 'TERBITAN T KONSEP: KORPORAT) TAHUN 1975 #THROWBACK Anggota polis trafik wanita menaiki m
ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2020 12.27 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM