
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini dirakam lensa kamera ketika anggota Polis Hutan Wanita menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-178 yang diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada tahun 1985.
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.