
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini dirakam pada 25 Mac 2007 semasa Ketua Polis Negara ke-8, Tan Sri Musa Hassan mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ketika menepung tawar Panji-panji sempena Sambutan Hari Polis ke-200 Tahun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sumber: Sejarah Bergambar Institusi Polis Di Malaysia (Edisi Kedua).