Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 10 Tahun 2025

Diterbitkan: 07 May 2025 11.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.54 PM
Putrajaya, 7 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 10 Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-pasca-kabinet-kdn-bilangan-10-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:10 MYT
Putrajaya, 7 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 10 Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah.

Antara intipati mesyuarat adalah sesi pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing, selain membincangkan isu-isu semasa melibatkan keselamatan serta ketenteraman awam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command, SAC Nasri Mansor melalui telesidang dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

ArtikelDiterbitkan 07 May 2025 11.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.54 PM