
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini dirakam pada 24 Julai 1971 ketika Pengurniaan Panji-panji 15 Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Gurney (kini PULAPOL Kuala Lumpur).
Sumber: Sejarah Bergambar Institusi Polis Di Malaysia (Edisi Kedua).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.