
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Jsjk Tumpaskan Sindiket Tipu Guna Peranti Bts Sebar Sms Palsu
Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Polis menahan empat lelaki sekali gus melumpuhkan sindiket menyebarkan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menggunakan...
Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Polis menahan empat lelaki sekali gus melumpuhkan sindiket menyebarkan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS) palsu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata keempat-empat suspek lelaki berusia 39 hingga 46 tahun itu ditahan menerusi Operasi Khas di sekitar Lembah Klang pada 19 November lalu.
Menurut beliau, empat suspek yang ditahan itu berperanan sebagai penyelia, pembantu penyelia, pemandu dan operator untuk peranti BTS palsu.
"Siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah membawa kenderaan bersama peranti BTS palsu ke lokasi tumpuan orang ramai yang kemudian secara automatik menyebarkan SMS palsu kepada nombor telefon individu di kawasan sekitar".
"SMS yang dihantar akan kelihatan seperti SMS tulen yang datangnya daripada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang sah sehingga mengelirukan mangsa".
"Mangsa kemudiannya akan diberikan pautan dan diminta mengisi beberapa butiran penting termasuk maklumat perbankan dan nombor One Time Password," katanya pada sidang media di ibu pejabat JSJK Bukit Aman, Menara KPJ di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Berita Harian