
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini diabadikan menjadi kenangan ketika empat pegawai lelaki dan lima orang wanita daripada Polis Diraja Brunei mengikuti Latihan Asas di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur dan membuat lintas hormat semasa Perbarisan Tamat Latihan Kadet ASP dan Inspektor Siri 1/2003 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2004.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.