Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sedari Hak Pengguna Pdrm

Published: 12 Jun 2014 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 6 Okt – Teknologi-teknologi moden semakin meriah dalam persekitaran perdagangan pengguna telah mencetus satu fenomena baru kepada masa depan perlindungan pengguna khususnya di Malaysia a..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sedari-hak-pengguna-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:41 MYT
Oleh : LKpl Irfan bin Bujang

SEDARI HAK PENGGUNA - PDRM

Kuala Lumpur, 6 Okt – Teknologi-teknologi moden semakin meriah dalam persekitaran perdagangan pengguna telah mencetus satu fenomena baru kepada masa depan perlindungan pengguna khususnya di Malaysia apabila pihak peniaga mengambil kesempatan daripada pihak pengguna dengan kaedah menipu pengguna yang semakin canggih, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi semasa.

"Saya ingin mengambil kesempatan di sini dengan berpesan kepada semua pengguna untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai seorang pengguna yang prihatin serta menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang menampakkan hasil dan kesan.

Laporkanlah sebarang keraguan yang tidak munasabah kepada pihak berwajib, kerana sekiranya tiada sebarang aduan atau masalah dikemukakan, ini akan menyebabkan peniaga-peniaga ini semakin berani melakukan penipuan dan penyelewengan secara terang-terangan," ujar YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam ucapannya sempena Majlis Penutupan Forum Pengguna III 2013 di Kuliah Bestari UNIKL, hari ini.

Berucap mewakili Ketua Polis Negara, beliau menjelaskan para pengguna perlu diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai lapan hak asasi, iaitu: hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan atau perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hak mendapat gantirugi, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat.

"Saya amat mengalu-alukan penggunaan platform forum sebegini dan diterajui pula oleh NGO atau agensi yang aktif seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan lain-lain persatuan seperti Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan sebagainya, dan ia diharap sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khususnya para pengguna," ujarnya lagi.

Bertemakan 'Ke Arah Kesejahteraan Pengguna' dan 'Masalah Pengguna, Masalah Kami, Masalah Negara', forum ini telah berlangsung selama 2 hari bermula dari semalam dengan pengisian sesi perbincangan ahli-ahli panel terpilih yang membantu ke arah penyampaian dan penyebaran maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan isu pengguna di Malaysia.

Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sekitar Majlis Penutupan Forum Pengguna III 2013 di Kuliah Bestari UNIKL, hari ini...

Sedari Hak Pengguna Pdrm
Ucapan penutupan majlis daripada YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM

Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sedari Hak Pengguna Pdrm
Sekitar sidang media

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM