Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Secom Malaysia Serah Rm285 000 Kepada Koperasi Polis

Published: 02 Dec 2014 6.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 2 Disember – Secom (Malaysia) Sdn.Bhd ditubuhkan pada tahun 1991, merupakan sebuah syarikat korporat yang berjaya maju dengan menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada pelbagai sektor seperti bank, perkilangan dan perladangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/secom-malaysia-serah-rm285-000-kepada-koperasi-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:43 MYT

Kuala Lumpur, 2 Disember  – Secom (Malaysia) Sdn.Bhd ditubuhkan pada tahun 1991, merupakan sebuah syarikat korporat yang berjaya maju dengan menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada pelbagai sektor seperti bank, perkilangan dan perladangan.

Di antara pemegang saham dengan Secom (Malaysia) Sdn. Bhd adalah The Lion Group (51%), Secom Co. Ltd, Japan (30%) dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad sebanyak 19%.

Melalui keuntungan pendapatan tahun 2014, Secom (Malaysia) Sdn. Bhd, telah menyerahkan cek dividen bagi tahun 2014 kepada Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad berjumlah RM285,000.

Cek tersebut diserahkan oleh Kenji Ishida, General Manager/Director Secom (Malaysia) Sdn. Bhd kepada Dato’ Seri Syed Ismail bin Dato’ Hj. Syed Azizan, Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Majlis yang berlangusng di Bangunan Ibu Pejabat Koperasi Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Frankie Chai Kian Chong, Director/Advisor Secom (Malaysia) Sdn. Bhd serta Haidi Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Polis Malaysia Berhad, Mohd Sakaruddin Che Mood, Setiausaha Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

“Kami akan terus menyumbang dividen hasil dari keuntungan pendapatan tahunan syarikat. Pada tahun 2013 lalu, pihak kami telah menyerahkan dividen berjumlah RM213,750 kepada Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad”, kata Frankie Chai Kian Chong ketika ditemui di akhir majlis.

Secom Malaysia Serah Rm285 000 Kepada Koperasi Polis
Dato' Seri Syed Ismail Dato' Hj. Syed Azizan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menerima cek daripada Kenji Ishida, Pengurusa Besar Secom (Malaysia) Sdn. Bhd.

Secom Malaysia Serah Rm285 000 Kepada Koperasi Polis
Dato' Seri Syed Ismail beramah mesra dengan Kenji Ishida dan Frankie Chai Kian Chong.
ArticlePublished 02 Dec 2014 6.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM