Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sebuah Kenderaan Premis Serta Rumah Diserbu Marin Pengerang

Diterbitkan: 21 May 2015 12.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 20 Mei - Sebuah kenderaan dan 172,360 batang rokok tidak sah berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu operasi yang dijalankan bersama Balai Polis Gugusan Adela, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebuah-kenderaan-premis-serta-rumah-diserbu-marin-pengerang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:40 MYT


Kota Tinggi, 20 Mei - Sebuah kenderaan dan 172,360 batang rokok tidak sah berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu operasi yang dijalankan bersama Balai Polis Gugusan Adela, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, operasi bersama ini dijalankan atas maklumat risikan dan telah membawa kepada tiga serbuan yang berasingan.

"Serbuan pertama telah menahan sebuah kenderaan yang dimuatkan sejumlah rokok tidak sah. Turut ditahan seorang lelaki tempatan," katanya.

"Penahanan lelaki tersebut membawa kepada serbuan kedua ke atas sebuah premis kedai runcit dan berjaya merampas sejumlah rokok tidak sah yang disimpan di kaunter bayaran premis tersebut," ujar beliau.

Seterusnya, serbuan ketiga tertumpu di sebuah rumah yang dipercayai pemiliknya adalah orang yang sama dengan tangkapan pertama.

"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah rokok tidak sah disimpan dalam rumah tersebut," tambah beliau lagi.

Rampasan dianggarkan bernilai RM105,824.65 termasuk kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sebuah Kenderaan Premis Serta Rumah Diserbu Marin Pengerang
ArtikelDiterbitkan 21 May 2015 12.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM