Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sebenarnya My Pihak Berkuasa Tidak Merakam Memantau Panggilan Telefon Perbualan Media Sosial Dan Nombor Imei Rakyat Malaysia

Published: 05 Apr 2018 10.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebenarnya-my-pihak-berkuasa-tidak-merakam-memantau-panggilan-telefon-perbualan-media-sosial-dan-nombor-imei-rakyat-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:46 MYT

PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.

Mesej tersebut turut mendakwa kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau telefon mudah alih rakyat Malaysia melalui nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI).

Mesej yang serupa pernah tular pada tahun 2015, awal tahun 2017 dan 2018 yang lalu.

Versi Terkini. Tular: April 2018

SEBENARNYA: Pihak PDRM, pada 6 Mac 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada 14 April 2017 telah menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga dalam kenyataannya pada 30 April 2017 telah menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian.

Sumber: Portal Sebenarnya.my

ArticlePublished 05 Apr 2018 10.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM