Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sebenarnya My Pihak Berkuasa Tidak Merakam Memantau Panggilan Telefon Perbualan Media Sosial Dan Nombor Imei Rakyat Malaysia

Diterbitkan: 05 Apr 2018 10.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebenarnya-my-pihak-berkuasa-tidak-merakam-memantau-panggilan-telefon-perbualan-media-sosial-dan-nombor-imei-rakyat-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT
Laman Utama / Artikel / Sebenarnya My Pihak Berkuasa Tidak Merakam Memantau Panggilan Telefon Perbualan Media Sosial Dan Nombor Imei Rakyat Malaysia
Kembali ke Pustaka
Artikel

Sebenarnya My Pihak Berkuasa Tidak Merakam Memantau Panggilan Telefon Perbualan Media Sosial Dan Nombor Imei Rakyat Malaysia

PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (...

PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.

Mesej tersebut turut mendakwa kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau telefon mudah alih rakyat Malaysia melalui nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI).

Mesej yang serupa pernah tular pada tahun 2015, awal tahun 2017 dan 2018 yang lalu.

Versi Terkini. Tular: April 2018

SEBENARNYA: Pihak PDRM, pada 6 Mac 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada 14 April 2017 telah menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga dalam kenyataannya pada 30 April 2017 telah menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian.

Sumber: Portal Sebenarnya.my

ArtikelDiterbitkan 05 Apr 2018 10.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM