Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sebelas Ditahan Terbabit Perjudian Haram

Published: 18 Jun 2014 7.36 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Kuantan, 8 Jan - Polis menahan 11 lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian haram di dua buah premis berasingan di sini petang semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebelas-ditahan-terbabit-perjudian-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:47 MYT

Kuantan, 8 Jan - Polis menahan 11 lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian haram di dua buah premis berasingan di sini petang semalam.

Dalam kedua-dua serbuan itu, pihak polis turut merampas 36 unit komputer yang dianggarkan bernilai RM36,000, selain wang tunai berjumlah RM1,120.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam serbuan pertama pada jam 6.30 petang di sebuah siber kafe di Jalan Haji Ahmad di sini, dua lelaki ditahan, manakala sebanyak 19 set komputer dan wang tunai berjumlah RM560 dirampas.

"Operasi itu melibatkan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," katanya.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada jam 7.40 petang di Jalan Darat Makbar, seramai sembilan lelaki ditahan, dan pihak polis merampas 17 set komputer dan wang tunai berjumlah RM560.

Mohd Jasmani berkata semua lelaki berusia 20 hingga 40an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi terbuka (ARJT) 1953. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.36 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM