Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sebaran Mesej Viral Berkaitan Taktik Jenayah Menggunakan Dadah Jenis White Clay

Published: 06 Mar 2015 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan taktik penjenayah menjual pewangi yang mengandungi dadah jenis ‘White Clay’ (ubat penenang) agar dihidu oleh mangsa sebelum mereka dirompak, dirogol atau dibunuh adalah TIDAK BERASAS.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebaran-mesej-viral-berkaitan-taktik-jenayah-menggunakan-dadah-jenis-white-clay
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:42 MYT
Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan taktik penjenayah menjual pewangi yang mengandungi dadah jenis ‘White Clay’ (ubat penenang) agar dihidu oleh mangsa sebelum mereka dirompak, dirogol atau dibunuh adalah TIDAK BERASAS.

Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan menghubungi balai polis terdekat jika terkesan sebarang kejadian yang mencurigakan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebar maklumat sedemikian kerana ia boleh membangkitkan kegusaran masyarakat tanpa sebab.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN

Sebaran Mesej Viral Berkaitan Taktik Jenayah Menggunakan Dadah Jenis White Clay
ArticlePublished 06 Mar 2015 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM