Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Penipuan Tawaran Kerja Di Luar Negara

Published: 15 Jan 2020 12.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Keinginan mengubah nasib keluarga dan meningkatkan taraf hidup antara faktor yang mendorong ramai rakyat Malaysia memilih untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-penipuan-tawaran-kerja-di-luar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:37 MYT

Keinginan mengubah nasib keluarga dan meningkatkan taraf hidup antara faktor yang mendorong ramai rakyat Malaysia memilih untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Momokan kerja menarik dan tawaran gaji yang luar biasa menjadi faktor utama, meskipun terpaksa membayar wang upah perkhidmatan mencecah ribuan ringgit.

Hanya apabila tiba di destinasi, barulah diketahui pekerjaan dan gaji yang diterima langsung tidak mampu menampung kehidupan di negara berkenaan, apatah lagi untuk dikirim kepada keluarga di tanah air.

Nasihat kami:

1. Semak dahulu kesahihan peluang pekerjaan yang diiklankan. Hubungi atau layari laman sesawang syarikat berkenaan untuk kepastian.

2. Dapatkan secara terperinci terma dan syarat berkenaan jenis pekerjaan serta jumlah gaji yang bakal diterima, termasuk polisi keselamatan sepanjang anda bekerja dengan syarikat berkenaan.

3. Pastikan proses kemasukan ke negara tersebut juga melalui saluran yang sah dan jelas. Jangan percaya kepada ejen pekerjaan yang meminta bayaran tidak masuk akal serta proses yang dilalui amat mencurigakan.

4. Jangan benarkan sesiapapun memegang pasport anda sepanjang bekerja di luar negara. Anda boleh terdedah dengan risiko dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

5. Percaya dengan kata hati. Jika anda merasakan sesuatu tidak kena sepanjang urusan mendapatkan kerja tersebut, segera batalkan! Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan sesuatu yang tidak pasti dan akhirnya boleh memakan diri sendiri.

Sumber imej: Pick The World

Image may contain: fruit and food
ArticlePublished 15 Jan 2020 12.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM