
Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 15 Januari 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Lawatan beliau yang disambut mesra oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim itu bagi mempengerusikan Mesyuarat Perancang Kes Jenayah peringkat kontinjen Kuala Lumpur.
Hadir sama dalam sesi lawatan tadi ialah Ketua Penolong Pengarah D5, JSJ Bukit Aman, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid, Ketua Penolong Pengarah D9, JSJ Bukit Aman, SAC Ahmad Taufek Abdullah, Ketua JSJ Kuala Lumpur, SAC Datuk Rusdi Mohd Isa dan para pegawai kanan JSJ Kuala Lumpur.