Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Penggodam Tipu Kenalan Minta Wang

Published: 13 Apr 2021 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 13 April 2021 - Kira-kira 21 juta pengguna WhatsApp di Malaysia berisiko terdedah kepada kerugian besar susulan terbongkarnya taktik jahat scammer merampas akaun media sosial tersebut untuk tujuan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-keratan-akhbar-pilihan-penggodam-tipu-kenalan-minta-wang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:25 MYT
Shah Alam, 13 April 2021 - Kira-kira 21 juta pengguna WhatsApp di Malaysia berisiko terdedah kepada kerugian besar susulan terbongkarnya taktik jahat scammer merampas akaun media sosial tersebut untuk tujuan jenayah.

Ahad lalu, syarikat telco seperti Celcom telah bertindak memberi amaran kepada para pelanggannya berhubung kes rampasan akaun WhatsApp yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Berdasarkan SMS yang dihantar kepada pelanggan, Celcom berkata, modus operandi scammer terbabit adalah dengan menyamar sebagai rakan, ahli keluarga atau pasukan sokongan WhatsApp untuk meminta enam digit kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon pengguna bagi tujuan mengenakan caj pembelian ke akaun pengguna.

“Scammer juga akan cuba mengakses ke peti simpanan suara pengguna bagi mendapatkan kod berkenaan,” kata kenyataan itu.

Salah seorang pengguna yang menjadi mangsa penipuan itu ialah eksekutif swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaida.

Menurut Suhaida, dia menjadi mangsa minggu lalu apabila rakan-rakannya menerima ‘missed call’ daripada akaun WhatsApp yang memaparkan nombor dan gambar dirinya sebelum penggodam tersebut meminta sejumlah wang daripada rakan-rakannya.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta tampil membuat laporan polis dan juga boleh menghubungi CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26101559 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komersil.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber:
May be an image of text that says 'Penggodam tipu kenalan, minta wang Kes Kesscammer rampas akaun WhatsApp untuk tujuan jenayah meningkat SHAH LAM ira-kira
ArticlePublished 13 Apr 2021 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM