Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Kedai Pajak Gadai Sering Jadi Mangsa

Published: 24 Jun 2021 1.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2021 - Pemilik kedai pajak gadai dikenal pasti sebagai golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan pembelian emas palsu yang kononnya mahu dipajak kepada mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-keratan-akhbar-pilihan-kedai-pajak-gadai-sering-jadi-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun 2021 - Pemilik kedai pajak gadai dikenal pasti sebagai golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan pembelian emas palsu yang kononnya mahu dipajak kepada mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, bagi tempoh satu Januari hingga 31 Mei lalu, terdapat empat kes direkodkan berkaitan kes seumpama itu dengan jumlah kerugian sebanyak RM 229,300.

"Modus operandi suspek dalam kes ini adalah menggadaikan barang kemas yang didakwa tulen kepada mangsa (kedai pajak gadai) bagi mendapatkan wang daripada gadaian emas berkenaan.

"Bagi mengelak dikesan, suspek memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang ketika menggadaikan barang kemas palsu itu.

"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati barang kemas yang digadaikan itu tidak tulen seperti didakwa," katanya.

Dato' Mohd Kamaruddin berkata, selain kes tipu terhadap pemilik pajak gadai, pihaknya turut mengesan sindiket penipuan yang menyamar sebagai penjual barangan pajak gadai.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta tampil membuat laporan polis dan juga boleh menghubungi CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26101559 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komersil.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 24 Jun 2021 1.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM