Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Artikel Pilihan Jualan Vaksin Covid 19 Dalam Talian Adalah Sindiket Penipuan Pengarah Jsj

Published: 28 Jun 2021 12.27 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dato' Sri Abd Jalil berkata, vaksin COVID-19 tidak boleh dijual sewenang-wenangnya secara terbuka mahupun secara dalaman kerana ia mengikut pendaftaran aplikasi MySejahtera dan orang ramai akan memperoleh jadual suntikan vaksin itu mengikut janji temu yang ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-artikel-pilihan-jualan-vaksin-covid-19-dalam-talian-adalah-sindiket-penipuan-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2021 - Penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian seperti yang diiklankan dalam laman media sosial adalah satu sindiket penipuan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

"Sindiket ini sebenarnya tidak mempunyai bekalan vaksin itu dan ia adalah penipuan semata-mata. Jika mereka ada botol cecair vaksin berkenaan ia adalah tipu.

“Saya ingin menegaskan bahawa vaksin itu bukan bekalan yang boleh dijual begitu sahaja memandangkan ia adalah produk yang begitu sensitif, eksklusif dan bertahap keselamatan tinggi,’’ katanya.

Dato' Sri Abd Jalil berkata, vaksin COVID-19 tidak boleh dijual sewenang-wenangnya secara terbuka mahupun secara dalaman kerana ia mengikut pendaftaran aplikasi MySejahtera dan orang ramai akan memperoleh jadual suntikan vaksin itu mengikut janji temu yang ditetapkan.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ dan Bahagian D7 Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap JSJ di Menara KPJ, di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 28 Jun 2021 12.27 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM