Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Artikel Pilihan Aplikasi Bnmsafe 8002 Alat Perdaya Mangsa

Published: 13 Apr 2020 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 April 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan taktik terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang memperdayakan mangsa untuk memuat turun satu aplikasi bnmsafe (8002) melalui telefon bimbit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-artikel-pilihan-aplikasi-bnmsafe-8002-alat-perdaya-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT

 

Kuala Lumpur, 13 April 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan taktik terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang memperdayakan mangsa untuk memuat turun satu aplikasi bnmsafe (8002) melalui telefon bimbit.

Pengarahnya, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima enam laporan daripada mangsa berusia 24 hingga 59 tahun sejak 7 April hingga 11 April lalu membabitkan kerugian sebanyak RM295,350.

"Sindiket berkenaan akan menghubungi mangsa secara rawak sebelum menghantar satu pautan ke telefon bimbit mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Mangsa kemudian diarah memuat turun aplikasi platform TestFlight yang mengandungi satu aplikasi lain iaitu bnmsafe (8002)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, di sini, hari ini.

Dato’ Sri Mohd Zakaria berkata, mangsa kemudian diminta memasukkan maklumat peribadi dan perbankan melalui aplikasi itu.

"Selepas sindiket mendapat maklumat berkenaan, mereka akan mengakses akaun perbankan mangsa dan membuat pindahan ke akaun pihak ketiga.

"Bagi melengkapkan transaksi itu, sindiket akan meminta kod pengesahan transaksi daripada mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa menyedari kehilangan wang mereka apabila membuat semakan akaun.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai panggilan yang memaklumkan mereka sebagai penguat kuasa atau institusi kewangan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 3 people, people standing
Sidang media JSJK pada hari ini dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad menerangkan mengenai Aplikasi BNMSafe (8002) kepada pihak media.

Image may contain: 2 people, people standing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, menerangkan mengenai Aplikasi BNMSafe (8002) kepada pihak media.
ArticlePublished 13 Apr 2020 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM