Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Scam Alert Artikel Pilihan 104 Orang Ditipu Pelaburan Brunei Investment Agency Bia

Published: 20 Apr 2021 2.45 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Daripada jumlah itu, laporan paling tinggi dicatatkan di Pulau Pinang apabila sebanyak 37 individu menjadi mangsa diikuti Johor (27 individu), Kuala Lumpur (12 individu),
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-artikel-pilihan-104-orang-ditipu-pelaburan-brunei-investment-agency-bia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:45 MYT
Petaling Jaya, 20 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 104 laporan berhubung penipuan pelaburan dikenali Brunei Investment Agency (BIA) di seluruh negara sejak Sabtu lalu membabitkan kerugian RM1.96 juta.

Daripada jumlah itu, laporan paling tinggi dicatatkan di Pulau Pinang apabila sebanyak 37 individu menjadi mangsa diikuti Johor (27 individu), Kuala Lumpur (12 individu),

 Selangor (sembilan individu), Perak (tujuh individu), Negeri Sembilan (enam individu) Melaka (tiga individu), Kedah (dua individu) dan Pahang (seorang).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, semua kertas siasatan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kata beliau, modus operandi sindiket ini adalah dengan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook dan Aplikasi WhatsApp untuk diperkenalkan mengenai pelaburan ini.

Selain itu, katanya, ada segelintir mangsa turut bersemuka dengan sindiket bagi menyakinkan mengenai pelaburan ini.

“Pelaburan ini menawarkan dua pakej iaitu pakej jangka pendek dengan bayaran RM120 bagi tempoh pulangan antara tujuh sehingga 40 hari.

“Manakala pakej jangka panjang dengan bayaran RM120 bagi tempoh pulangan dua sehingga empat bulan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta tampil membuat laporan polis dan juga boleh menghubungi CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26101559 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komersil.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../104-orang-ditipu-pelaburan.../
Sumber:
ArticlePublished 20 Apr 2021 2.45 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM