Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia

Published: 12 Jun 2014 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya menerima saingan sengit daripada peserta-pesrta yang telah mengambil bahagian. Ini merupakan tekad saya dan saya bersyukur berjaya memenanginya buat kali kelapan," katanya yang beraksi dalam kate..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sazali-samad-pertahan-gelaran-juara-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:44 MYT
Disediakan oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

SEPANG, 10 Disember - Orang Besi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Badang Malaysia, Sub Insp Sazali Samad dari PDRM terus mengharumkan nama negara di pentas dunia dengan mengekalkan gelaran Mr. Universe (Bangkok 2012) dan ini adalah kejayaan kali ke - 8 beliau di Kejohanan Bina Badan Dunia kali yang ke - 4.

Antara kejayaan yang beliau perolehi adalah seperti berikut:

1. Mr. Universe (Melaka 2000)

2. Mr. Universe (Moscow 2004)

3. Mr. Universe (Rep. Checz 2006)

4. Mr. Universe (Jeju Korea 2007)

5. Mr. Universe (Dubai 2009)

6. Mr. Universe (Varanasi India 2010)

7. Mr. Universe (Melaka 2011)

8. Mr. Universe (Bangkok Thailand 2012)

Lebih manis, kejayaan itu turut dikongsi bersama empat rakan senegara  dan juga anggota PDRM, SP Mohd Syarul Azman Mehan Abdullah, yang muncul tempat ke - 3 dalam kategori Body Classic 170 cm+3, Kpl Ismail Riji, dalam kategori Heavy weight 100kg ditempat yang ke - 5, dan Kpl Azhar bin Mohamed, dalam kategori Middleweight ditempat yang ke - 7.

Kejohanan ini telah berlangsung di Bangkok, Thailand bermula dari 4 hingga 10 Disember 2012. Seramai 270 atlet bina badan dari 33 negara terlibat dalam kejohanan ini. Malaysia juga mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu seramai 7 orang atlet bina badan telah terpilih bagi mewakili Malaysia dan 4 orang daripadanya adalah atlet PDRM.

Bekas Olahragawan Kebangsaan itu ketika ditemui sebaik sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini berkata, kejayaannya adalah berkat usaha gigihnya selama ini setelah berdepan saingan hebat pencabarnya di Bangkok, Thailand.

Saya menerima saingan sengit daripada peserta-pesrta yang telah mengambil bahagian. Ini merupakan tekad saya dan saya bersyukur berjaya memenanginya buat kali kelapan," katanya yang beraksi dalam kategori terbuka 70 kilogram (lightweight).

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sub Inspektor itu memberitahu, dia akan terus menyumbang keringatnya buat negara selagi kudratnya diperlukan.

Kepulangan Sazali dari Bangkok, Thailand hari ini turut disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Dato' Shahbudin bin Abd Wahab, Pegawai-pegawai kanan PDRM, wakil-wakil media dan sahabat  handai serta ahli keluarga.

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Ketibaan di KLIA Sepang

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Ketibaan di KLIA Sepang

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
YDH Dato' Shahbudin bin Abd Wahab,Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyambut ketibaan atlet PDRM

Bacaan doa memberkati majlis

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Sub Insp Sazali Samad dengan Trofi yang dimenanginya mengekalkan gelaran dunia

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Para atlet bergambar kenangan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Gagah perkasa, bergambar kenangan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Sekitar program dijalankan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Ceria, Sub Insp Sazali Samad

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Bergambar kenangan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Bergambar kenangan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Bergambar kenangan

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Sub Insp Sazali Samad ketika ditemuramah

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
YDH Dato' Shahbudin bin Abd Wahab,Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ketika sidang media

Sazali Samad Pertahan Gelaran Juara Dunia
Antara peminat setia Sub Insp Sazali Samad
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM