Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sarung Beret Maroon 15 Operatif Baharu Utk Sedia Diatur Gerak

Published: 08 Mar 2019 8.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
atu majlis pemakaian beret ‘maroon’ kepada operatif baharu UTK oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani telah diadakan di perkarangan Kompleks UTK Bukit Aman bersempena Lawatan Kerja pertama beliau sejak menjawat jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu. Turut diadakan, Upacara Penganugerahan Beret Kehormat UTK dan Penyampaian Sijil Kepada Dato’ Sri Acryl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sarung-beret-maroon-15-operatif-baharu-utk-sedia-diatur-gerak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:06 MYT

Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Seramai 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya telah menjadi operatif Unit Tindakhas (UTK) PDRM setelah berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas UTK baru-baru ini. 

Berikutan itu, satu majlis pemakaian beret ‘maroon’ kepada operatif baharu UTK oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani telah diadakan di perkarangan Kompleks UTK Bukit Aman bersempena Lawatan Kerja pertama beliau sejak menjawat jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu.

 Turut diadakan, Upacara Penganugerahan Beret Kehormat UTK dan Penyampaian Sijil Kepada Dato’ Sri Acryl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin. 

Terdahulu, Timbalan Komander UTK (Operasi), ACP M.V Srikumar Madhavan Nair turut menyampaikan taklimat khas kepada Dato’ Sri Acryl Sani dalam Bilik Gerakan UTK. 

Turut sama hadir pada hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), DCP Dato’ Mastor Mohd Arif, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Operasi), DCP Dato’ Fisol Salleh dan pegawai-pegawai kanan PDRM Bukit Aman.

0S4A9901
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9785
Sekitar upacara pemakaian beret kepada operatif baharu Unit Tindakhas oleh Pengarah Jabatan KDNKA.

0S4A9792
Sekitar upacara pemakaian beret kepada operatif baharu Unit Tindakhas oleh Pengarah Jabatan KDNKA.

0R9A6373
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0R9A6380
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0S4A9736
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0S4A9834
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9829
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9826
Sesi bergambar kenangan.
ArticlePublished 08 Mar 2019 8.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM