
Program Jalinan Nur Kasih Bantu Ringankan Beban Ahli Perkep
Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia melalui Biro Kebajikan PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah menganjurkan Program Jalinan Nur Kasih yang bermatlamat untuk membantu meringankan beban warganya yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Dalam program itu, seramai dua Orang Kurang Upaya (OKU) dan 14 pesakit kronik yang terdiri daripada sembilan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tujuh pegawai awam dalam jabatan PDRM menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM1,000.
Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor dalam ucapannya berkata, sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit bebanan kewangan yang ditanggung oleh ahli keluarga terbabit.
“PERKEP Malaysia akan terus memainkan peranan terutamanya dalam menjaga kebajikan ahlinya sekaligus menjadi tunjang utama kepada PDRM selaku sebuah agensi keselamatan terulung di negara ini,” ujar beliau lagi.
Turut hadir, Pengerusi PERKEP JPJKK merangkap Pengerusi Biro Kebajikan PERKEP Malaysia, Datin Sri Azizah Othman, Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datin Sri Ir. Zaitun Md Isa, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Suryani Sungit dan ahli-ahli PERKEP jabatan.
Sekitar penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor.
Sekitar penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor.
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu PERKEP.
Sekitar Program Jalinan Nur Kasih anjuran Biro Kebajikan PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
Bergambar kenangan.