Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Samun Warga Pakistan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengadu telah kehilangan 20 buah jam tangan, 10 botol minyak wangi dan wang tunai berjumlah RM750.00...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-warga-pakistan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:12 MYT

Chaah, Segamat - 5 Jun 2009. Seorang warga Pakistan telah disamun di Ladang Sungai Gerchang Chaah pada jam 5.15 petang. Pengadu telah kehilangan 20 buah jam tangan, 10 botol minyak wangi dan wang tunai berjumlah RM750.00. Pengadu juga mengalami kecederaan di badan dan tangan.

Hasil risikan dan maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat telah berjaya menangkap suspek selepas 30 minit kejadian berlaku. Pihak polis telah merampas semula 3 buah jam tangan milik mangsa yang dijual kepada seorang lelaki Cina. Kesemua suspek seramai 7 lelaki India yang berusia 14-17 tahun telah  disiasat di bawah Sek 395/397 KK

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM