Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Samun Lori Tumpas Di Ladang Sawit

Published: 16 Jun 2014 8.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Gombak - Geng Azlan yang aktif di sekitar Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak akhirnya tumpas di ladang sawit, tempat mereka melakukan kerja pengubahsuaian selepas lori yang dicuri dikumpulkan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-lori-tumpas-di-ladang-sawit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:18 MYT

GOMBAK – Sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Azlan mempunyai cita rasa pelik apabila memilih ladang kelapa sawit untuk meleraikan lori yang dicuri sebelum kenderaan itu dijual kepada peladang-peladang dengan harga murah sejak awal tahun ini.

Lori kurang satu tan berharga RM80,000 itu akan dijual kepada peladang di sekitar Teluk Intan, Perak dengan harga di antara RM3,000 dan RM6,000 selepas mengikis nombor casis, menukar alat ganti dan nombor pendaftaran di dalam semak.

Mereka hanya mengambil masa kurang dari tiga minit untuk mencuri sesebuah lori di tepi jalan dengan menggunakan seutas wayar dan playar. Kerja-kerja mengubah suai diselesaikan dalam tempoh sehari.

Difahamkan, setiap lori yang dicuri akan dikumpulkan di dalam ladang berkenaan di kawasan Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak sebelum alat gantinya ditukar antara satu sama lain.

Samun Lori Tumpas Di Ladang Sawit

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM