Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Samun Doktor 2 Ditahan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Dua lelaki ditahan di Jalan SS17/2, Subang Jaya awal pagi ini disyaki terlibat dalam kejadian samun melibatkan mangsa seorang doktor yang putus jari setelah ditetak oleh suspek menggunakan parang di h..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-doktor-2-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:54 MYT

Dua lelaki ditahan di Jalan SS17/2, Subang Jaya awal pagi ini disyaki terlibat dalam kejadian samun melibatkan mangsa seorang doktor yang putus jari setelah ditetak oleh suspek menggunakan parang di hadapan Poliklinik miliknya Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, SAC Dato A. Thaiveegan dalam sidang media yang dijalankan sebentar tadi memberitahu pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek menjumpai dua telefon bimbit dan sejumlah wang tunai. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Kedua-dua suspek ditahan reman pagi ini.

Samun Doktor 2 Ditahan

HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM