Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Samseng Tiada Lesen Memandu Buat Provokasi Dan Serang Polis Keluarkan Saman

Published: 01 Jun 2017 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang lelaki bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat ke pada anggota polis, malah benindak biadab dengan menyiku muka anggota polis sejurus ditahan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samseng-tiada-lesen-memandu-buat-provokasi-dan-serang-polis-keluarkan-saman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:10 MYT

SAMSENG TIADA LESEN MEMANDU, BUAT PROVOKASI DAN SERANG POLIS KELUARKAN SAMAN

Seorang lelaki bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat ke pada anggota polis, malah benindak biadab dengan menyiku muka anggota polis sejurus ditahan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menahan lelaki yang sedang membawa motosikal dalam keadaan mencurigakan itu ketika melintasi anggota yang sedang membuat tugas rondaan cegah jenayah.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba melakukan provokasi dengan merakam video sebelum cuba menyiku anggota polis yang mengeluarkan saman kepadanya.

Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya berjaya diberkas dan dibawa pulang ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

Samseng Tiada Lesen Memandu Buat Provokasi Dan Serang Polis Keluarkan Saman
ArticlePublished 01 Jun 2017 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM