Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Peringatan Jasa Pahlawan Negara

Diterbitkan: 02 Oct 2017 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 2 Oktober 2017 – Setiap tahun negara akan menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan negara terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah berjuang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. PDRM telah menjadi tuan rumah Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini yang telah berlangsung dengan penuh adat istiadat kepahlawanan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-peringatan-jasa-pahlawan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:03 MYT

SAMBUTAN PERINGATAN JASA PAHLAWAN NEGARA 

Putrajaya, 2 Oktober 2017 – Setiap tahun negara akan menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan negara terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah berjuang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. PDRM telah menjadi tuan rumah Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini yang telah berlangsung dengan penuh adat istiadat kepahlawanan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, awal pagi tadi.

 Istiadat telah dimulakan dengan tiupan paluan akhir @ ‘last post’ penuh kesyahduan seraya jalur gemilang turut diturunkan. Majlis kemudiannya disambung dengan deklamasi sajak bertajuk “Pahlawan” yang disampaikan oleh Superintendan Rose Baini Kassim daripada PDRM bergandingan dengan Leftenan Bakhri Shah Abdullah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di iringi alunan violin Lans Koperal Alif Azfar dari Pancaragam PDRM.

Turut dipersembahkan ialah pantomim khas daripada PDRM yang mengisahkan salah satu kejayaan Pasukan F yang ditubuhkan pada tahun 1971 hingga 1995, Pasukan yang ditubuhkan dengan kerahsiaan tinggi ini hanya di kenali selepas lebih 40 tahun penubuhannya telah melakar pelbagai kejayaan yang menjadi faktor utama kepada perletakan senjata pihak Komunis. Akhir sekali ialah tiupan paluan fajar atau lebih dikenali dengan nama “rouse” seraya Jalur Gemilang dinaikkan. Tiupan ini adalah simboliknya sebagai menaikkan semangat anggota untuk bangkit dan memulakan tugas.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, YM Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan isteri, Puan Sri Norlida Haji Abd. Mubin, menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing.

Sekitar Sambutah Hari Pahlawan Sekitar sambutan Hari Pahlawan 2017 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. (2)

Pemeriksaan Baris Kawalan Kehormatan Utama oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menerima tabik hormat.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima tabik hormat.Sekitar Sambutan Hari Pahlawan 2017 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.Persembahan Pantomim Khas yang mengisahkan kejayaan Op Kelisa Pasukan FBergambar kenangan..
ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2017 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM