Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 213 Tazkirah Jumaat

Published: 13 Mar 2020 1.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-peringatan-hari-polis-ke-213-tazkirah-jumaat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi.

GALAKAN MEMBERI NASIHAT

Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)

Huraian Hadith:

1. Islam menyuruh umatnya meminta nasihat kepada orang yang lebih alim ketika hendak bermusafir supaya menjadi panduan dalam perjalanan.

2. Islam menggalakkan umatnya supaya mendoakan kebaikan kepada saudaranya khsususnya ketika hendak musafir.

3. Orang yang hendak bermusafir disuruh nasihati orang yang yang tinggal agar melaksanakan suruhan Allah dengan sebaiknya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

#TazkirahJumaat

Sumber: JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 213 Tazkirah Jumaat
ArticlePublished 13 Mar 2020 1.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM