Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 213 13 Hari Lagi

Diterbitkan: 12 Mar 2020 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pakaian Seragam Polis Johor Tahun 1917. Pada tahun 1855 bermulalah proses modenisasi bagi Negeri Johor, ia turut memberi kesan yang besar kepada Pasukan Polis Negeri Johor. Temenggung Ibrahim telah berusaha mewujudkan keamanan di Johor termasuk mengawal lalu lintas dan perdagangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-peringatan-hari-polis-ke-213-13-hari-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:56 MYT

Pakaian Seragam Polis Johor Tahun 1917.

Pada tahun 1855 bermulalah proses modenisasi bagi Negeri Johor, ia turut memberi kesan yang besar kepada Pasukan Polis Negeri Johor. Temenggung Ibrahim telah berusaha mewujudkan keamanan di Johor termasuk mengawal lalu lintas dan perdagangan.

Pada tahun 1858, tertubuh satu Pasukan Polis di Istana Puteri. Dengan itu, Pasukan Polis Johor merupakan tulang belakang pertahanan Johor, sekaligus berperanan mengawal keamanan dan ketenteraman negeri tersebut. Pada tahun 1932, Polis Johor telah menempatkan tiga pegawai Inggeris dalam struktur organisasinya.

Kelengkapan bagi pakaian tersebut ialah:

- Topi (Tarbus) hitam berjambul/Cap badges
- Baju lengan panjang kuning
- Seluar panjang kuning
- Tali pinggang hitam
- Nombor besi dilekat dibawah Cap Badges
- Kasut kulit hitam

#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: 2 people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2020 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM