Kuala Lumpur, 31 Julai - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan untuk mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan 2015 di Dataran Merdeka, pagi tadi.
Buat kali kelima, Dataran Merdeka terus dipilih sebagai lokasi sambutan istiadat yang diadakan pada setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang negara yang telah terkorban.
Penganjuran sambutan Istiadat Hari Pahlawan pada tahun ini diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan acara yang penuh bersejarah ini.
Pelbagai acara menarik dan menyentuh perasaan telah dipertontonkan kepada semua yang hadir pada hari ini seperti detachment gabungan antara PDRM dan ATM, pentomen yang mengisarkan sejarah lampau para pahlawan negara serta deklamasi sajak yang bertajuk Pahlawan oleh DSP Rose Baini Kassim dan ASP Mohamad Mahat hasil nukilan oleh Mejar (B) Muhammad Awang.
Terdahulu, acara pada pagi itu dimulakan dengan tiupan Paluan Akhir dan tiupan Paluan Fajar sebagai simbolik istiadat sambutan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh pegawai agama dari PDRM.
Turut hadir dalam majlis istiadat tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkefli bin Mohd Zin, barisan Menteri dan Timbalan Menteri kabinet serta dif-dif jemputan.

Sekitar majlis.

Kawalan Kehormatan Utama.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar membalas tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama.

YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak membalas tabik kepada Kawalan Kehormatan Utama.

Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Persembahan Pentomen